Monday, January 6, 2014

Memori tercipta - Sahabat -

Selangkah lagi akan berakhir. Detik pertemuan ini bakal akan berakhir. Memori yang tercipta mungkin akan diingati sampai bila-bila. Ataupun ianya akan terkubur begitu sahaja. Tiga tahun setengah ditakdirkan bersama. Tapi masa berlalu begitu pantas. Masa yang ada belum cukup untuk melakar kenangan yang terindah sebelum berpisah. Masa yang tinggal hanya sedikit sahaja lagi.

Pelbagai ragam dan karenah setiap sorang yang aku lihat. Termasuk dengan diri aku sekali. Lain orang lain cara, lain pendapat. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Memang betul pun pepatah melayu lama ini. Ada yang suka belajar, ada yang suka pergi kelas lambat, ada yang suka menyakat atau membuli, ada yang tak suka bergaul, ada yang terlebih mesra alam, ada yang suka menganyam ketupat. Yang menganyam ketupat ni golongan yang paling bahaya. Ada yang suka menokok nambahkan cerita. Dan akhirnya menjadi satu fitnah.

Tiga tahun setengah bukan satu masa yang cukup untuk kita kenali seseorang itu. Walaupun dia yang sentiasa berada di sisi kita. Best friend Forever la katakan. Belum tentu kita kenal orang itu. Dan dalam masa tiga tahun setengah juga ada yang satu kumpulan or klik berpisah. Ada yang terjadi. Rapat diawal sem dan berpisah di akhir sem. Ada yang jenis tikam kawan dari belakang. Yang ni spesis yang lagi hebat. Sebab tu berpisah di penghujungnya. Tapi Islam tak suruh buat macam tu. 

Jangan terus tidak bertegur sapa. At least, kita jumpa dan cuba bawak berbincang. Mungkin di situ ada penyelesaiannya. Tapi kalau yang susah dibawa berbincang, diam kan sahaja. Maafkan sahaja. Berdoa. Itu jalan yang terbaik.

No comments: