Monday, January 6, 2014

Memori Tercipta - Sahabat 4 -

Masih lagi berceritakan tentang sahabat. Tentang admire ke crush ke tunggu next entry. Sahabat-sahabat aku ini adalah berasal dari lain-lain negeri. Kami meriah dengan loghat bahasa negeri. Kami tidak ada racist. Wups! 

Kemana sahaja kami pergi haruslah bersama. Seperti ada gam di antara kami. Hinggakan PA kami dapat kesan terus yang kami selalu ber... Pada satu hari itu, kami ber... pergi berjumpa dengan beliau. PA kami ini merupakan mantan Ketua Program. Buat setakat ini mantan Ketua Program baru dua orang dan kedua-duanya lelaki. Teka-teki. Tujuan berjumpa dengan beliau adalah untuk berbincangkan hal berkaitan tempat latihan industri. Setelah diberi pilihan, kami pun pulang.

Aku dan sahabat-sahabat aku ini mungkin akan terpisah masa latihan industri. Sedih untuk menerima hakikat. Tapi apakan daya, itu sahaja pilihan yang harus kami buat. Ke utara, ke barat, ke selatan (mungkin) atau ke timur. Selamat menjalankan latihan industri kawan-kawan semua. #ITMpower

No comments: