Monday, January 6, 2014

Memori Tercipta - Sahabat 2 -

Entri ni bersambung. Sengaja dijadikan menyambung. Bagai sabung menyabung. Berhenti merepek. Hidup sebagai mahasiswa banyak benda dan perkara dipelajari. Hari-hari belajar. Bukan setakat belajar di kelas, di luar kelas juga dikira belajar. Belajar hidup berjemaah, belajar hidup bermasyarakat, belajar hidup berdikari, berkomunikasi, dan macam-macam lagi. Semua itu kita belajar. Apa yang kita belajar itu hanya dalam sedar dan tidak sedar sahaja. 

Cukup diceritakan tentang belajar. Hanya sekadar mukadimah pembuka bicara. Sahabat. Hidup di universiti tercinta ini, kawan mudah dicari. Tapi sahabat susah hendak dicari. Memang susah. Sahabat yang sanggup untuk susah sama susah, senang sama senang, sedih sama sedih, memamng susah. Dalam pelajar Pengurusan Teknologi Industri batch ketiga ini terpecah dalam beberapa kumpulan. Baik lelaki mahupun perempuan. Walaubagaimanapun, ikatan antara satu sama lain itu tetap kukuh.

Sebelum melangkah ke dunia pekerjaan haruslah ada praktikal atau latihan industri. Oleh yang demikian, sebelum semua melangkah ke latihan industri, haruslah ada majlis perpisahan. Majlis ber barbeque di Taman Gelora, Kuantan. Lokasinya strategik, berdekatan dengan gerai-gerai, taman rekreasi dan yang paling utama berdekatan dengan Masjid. Kemudahan tandas awam juga terdapat di situ. Tapi ianya hanya dibuka pada waktu siang sahaja. 

Lokasi pertama kami pilih bersebelahan parkir kereta awam. Kawasan di situ di bawah pepohon yang tinggi dan sejuk mata memandang. Tetapi ianya tidak menjadi selesa, sebab pada waktu malam kami tiada lampu. Setelah berbincang kami bertukar tempat yang terletak lampu besar. Terang lah sedikit. Majlis ini berlansung sampai ke malam. Bergambar, makan, memasak. Itu je aktivitinya. Ianya lebih kepada majlis makan-makan. Makan sampai kenyang. Tak kenyang tambah lagi. hehehe. Yang paling utama aktiviti bergambar. Katanya nak simpan kenangan. Sebab susah nak kumpul ramai-ramai. Pada hari kejadian juga hampir semua pelajar terlibat. Dan turut hadir mantan ketua program.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Yang suka bergambar, pelbagai gaya sudah di tunjukkan. Pantang ada camera pasti akan diserbu. Bagai anak-anak kecil yang excited tuk mendapat upah. Tapi siapa tak sangka, majoriti semuanya berumur 23 dan 24 tahun. Namun, perbezaan umur bukan penghalang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim ini.

Sebelum akhir, selamat maju jaya kepada rakan-rakan semua. #ITMpower

No comments: