Monday, January 6, 2014

Memori Tercipta - Sahabat 3 -

Mungkin ada yang tidak tahu siapa tuan punya blog ini. Tidak mengapa, aku akan bagi hint sikit-sikit. Hehehe. Identiti aku harus dirahsiakan. Latar belakang aku biarlah menjadi tanda tanya dan teka teki. Dan aku tahu ada beberapa yang tahu siapa aku. Diminta untuk buat-buat tidak tahu. Terima kasih.

Kembali sekali lagi berkisahkan Sahabat part 3. Aku masuk UMP ni melalui result matrik. Aku kenal dua sahabat yang kekal sampai sekarang ni melalui kawan sekolah lama aku. Dalam minggu orentasi haruslah kita kenal dan mencari kawan-kawan baru. Mesti menyesuaikan diri dengan suasana baru. Cepat menyesuaikan diri dengan suasana universiti. Dari minggu ke minggu, pergi kuliah, tutorial kami selalu bersama. Berapa orang sahabat aku ini harus dirahsiakan. Kami juga mempunyai PA yang sama, kelas tutorial yang sama. 

Pergi kemana-mana harus bersama. Ya, Alhamdulillah hubungan kami kekal ke hujung sem ini. Dan berharap ianya kekal hingga ke akhir hayat. Tapi, ya ada tapi. Sahabat kami bertambah. Ya bertambah. Harus mesra alam ya. Baik buruk harus diterima. Sem demi sem ada sahaja yang menjadi rakan rapat dengan kami. Kami baik? Eh? Tidak kami tidak sebaik yang orang sangkakan. Kami akui banyak cacat celanya. Dalam hubungan sahabat kami ini ada juga pasang surutnya. Yang paling penting give and take. Ambil iktibar dari apa yang berlaku.

Mari aku bagi nasihat tentang sahabat ini. Aku bukanlah seorang yang baik sangat. Aku bukan malaikat yang tidak melakukan apa-apa kesilapan. Aku hanya manusia biasa yang belajar dari kesilapan dan aku jenis yang suka mengambil hikmah dari setiap apa yang berlaku. Dalam kami bersahabat, ada juga pertegangan urat. Alangkan lidah lagi tergigit, suami isteri pun bergaduh, kami yang bersahabat ini lagilah banyak ujiannya. Ada yang jenis sensitif, ada yang jenis suka maki hamun, ada yang meletup di hujungnya, ada yang suka diam atau pendam, ada yang jenis rasa dia sahaja yang betul, ada yang suka emosi tidak tentu pasal dan banyak lagi karenah. Semua karenah tu salah satunya ada perangai aku. Kalau bergaduh cuba pakai jalan ini untuk menyelesaikan masalah yang kau orang hadapi:
  • Jangan cepat melenting jika anda dimaki atau dimarah depan orang ramai
  • Tenangkan dahulu emosi anda jika anda ingin melepaskan kemarahan pada rakan anda 
  • Kawal perasaan yang sensitif 
  • Kawal emosi yang tidak stabil
  • Fikir dahulu sebelum berkata-kata
  • Cuba slow talk dengan sahabat anda
  • Berdoalah pada Allah agar hubungan sahabat anda ini kekal hingga ke jannah
Cukuplah serba sedikit berkaitan aku dan sahabat-sahabat aku. Dan serba sedikit nasihat untuk kau orang. #ITMpower

No comments: