Entri ini mungkin menjadi entri yang engkau orang tunggu-tunggu bukan? Aku a little girl not a boy. I love the food. I love to read. I love to sing. I love to cook. But UMP can't cook if you are stay in hostel. I love to laugh too. Actually I love to laugh but most people does not know about it. Terbahasa Inggeris pulak. Itu identiti aku. Siapa yang dapat tahu siapa aku yang sebenarnya, anda hebat.
Dari mula aku masuk UMP ini, niat haruslah belajar. Aku ingin lari dari masalah kekasih gelapku dan kekasih aku sejak dari zaman sekolah. Aku yang meminta dengan mereka untuk diputuskan. Aku harus taat kepada orang tua aku. Tidak bercinta ketika belajar. Dan sebab itu aku sehingga kini tidak ada pasangan couple. Cuma aku ada orang yang aku suka sebagai kawan, dan mungkin ada yang lebih dari seorang kawan. Tapi perasaan itu simpan sahaja dalam hati.
Dia yang aku kenal dahulu, dari semester 1 hanya seorang insan biasa. Biasa? Tidak. Dia pernah merangkul dekan. Dia ada watak yang berkaliber. Dia boleh memimpin. Dia kacak pun tidak tapi sejuk mata memandang. Walaupun ada yang cakap dia ni selekeh ke, atau tidak kacak. Aku tidak kisah pun semua itu. Dia baik. Solatnya terjaga. Dia tidak merokok. Itu yang menawan hati aku. Dia pandai bergaya.
Masa sem 1 aku pernah satu kumpulan dengan dia untuk projek berkumpulan bagi subjek OSH Fundamental. Dan tempat site visit kumpulan aku adalah berdekatan dengan bandar Kuantan. Jika aku sebutkan lokasi di mana, aku yakin engkau orang mesti tahu tempatnya. Kumpulan aku berkaitan dengan Medical. Masa inilah aku dan kawan-kawan aku banyak membuat perbincangan kumpulan bersama dia. Dia ketua kumpulan.
Sem 2 aku pernah pinjam barang dia. Sangka aku dia tidak akan bagi aku pinjam barang dia yang berharga itu. Alhamdulillah dia baik orangnya. Dan aku dengan tidak sengaja juga telah menyimpan gambar dia. Disorokkan. Tapi, Tuhan tu hendak tunjuk, laptop aku pakai dari zaman matrik mengalami kerosakan. Dan haruslah diformat. Semua gambar dia tidak ada dalam simpanan aku. Dan sebagai membalas budi beliau bagi pinjam barang dia, aku belikan dia twister KFC tapi airnya tumpah. Aku minum dulu sampai habis. Bila twister itu hendak diserahkan kepada dia, dia tanya mana airnya? Aku hanya mampu senyum dan jawap tumpah dan aku minum kan. Dia senyum je.
Engkau orang tidak tahu perasaan aku masa itu. Tuhan sahaja yang tahu. Masuk tahun dua dan tiga aku dah jarang sekelas dengan dia. Jumpa lagi lah jarang. Tapi kalau terserempak dengan dia dekat mana-mana, aku automatik tidak pandai untuk tegur dia. Tunduk sahaja. Sehingga sekarang pun kalau aku terserempak dengan dia aku tidak pandai untuk tegur dia seperti mana aku tegur kawan lelaki yang lain.
Dia selalu masuk dalam mimpi-mimpi aku. Hanya sahabat aku sahaja yang tahu. Aku pelik juga, sebab aku mimpikan dia setelah kami sudah lama tidak berjumpa. Malah kami juga sudah tidak sekelas. Hanya beberapa kali sahaja kami berjumpa. Aku tidak pernah berbual-bual dengan dia. Mimpi tentang dia kerap juga terjadi dekat aku.
Aku selalu berdoa jika dia baik bagiku, semoga Allah mudahkanlah. Tapi jika dia bukan untuk aku, tetapkan aku dengan kebaikan dan jadikan aku seorang yang redha. Hari demi hari, aku berjaya melupakan dia. Tuhan itu Maha Baik. Allah menjaga hati aku. Sehingga perasaan suka aku dekat dia hilang. Dan suka yang tinggal di dalam hati hanya suka sebagai seorang kawan. Dia itu namanya dotdotdot. Dilahirkan pada bulan Jun tahun 1991. Dia 21 hari muda dari aku.Dia popular dalam kalangan perempuan di UMP.
Cukup sampai sini cerita tentang dia. Aku pun dah melupakan dia. Semoga dia berjaya dunia akhirat. Engkau orang mesti ada admire juga kan? #ITMpower