Hamboi laju je engkorang kalau pasal mimpi basah ni ye dak? Ahah sebelum itu aku mohon kemaafan kerana tenggelam kan blog ini ke dasar lautan. hamboi hyperbola sungguh. Sudah kita hentikan intro.
Di sini, bukanlah aku nnak bercerita mimpi basah. Tapi aku seringkali didatangi mimpi yang kearah kesitu. Tapi tidak sampai ke situ. Engkorang faham tak ni? Ok. Aku mimpikan si dia. Pelik. Aku dah lama buang si dia. Aku pun sudah lama tidak mengikut perkembangan beliau. Yang selalu buat aku pelik, mimpi si dia tu akan datang bila aku sudah solat istikharah untuk bantu tentukan jodoh aku ataupun setelah aku solat hajat. Ahah mimpi tu akn datang.
Kalau engkorang jadi aku pun mesti pelikkan. Memang lah engkorang suka sebab orang yang engkorang suka tu masuk mimpi engkorang. Tapi bagi aku tidak. Aku akan fikir. Sebab bagi aku ianya satu perkara yang pelik. Nak kata aku ngn dia ni berjodoh, aku tak nampak pun kearah kesitu.
By the way, dia ni dah lah muda beberapa hari dari aku. Itu satu alasan yang uat aku untuk berusaha lupakan dia. Susah oit. Engkorang ingat senang. Engkorang dah suka kat dia dalam diam. Lepas itu engkorang kena paksa diri engkorang lupakan dia. Gila kan? Aku tau engkorang mesti susah gila nak ubah perasaan dalam diri engkorang tu kan.
Sebut pasal mimpi tu lagi, dia ada cakap yang dia tahu aku suka dia. Dia pun suka aku. UNBELIEVABLE betul kan? Nampak sangat mainan tidur. Aku ada bertanyakan kisah mimpi aku ni kepada seorang sahabat aku, dia claim mungkin mimpi aku itu hanya mainan tidur. Atau mungkin ada maksud yang tersirat. Tapi dia pun tak dapat untuk mentafsirkan.
Ok sampai sini aku berkongsi. Esok ada cerita hangat lagi.
AlFatihah untuk Allahyarham Muhammad Aiman bin Abdul Khalib.